Rabu, 15 Februari 2012

Mengelakkan Keracunan Ubat Secara Tidak Sengaja

Hai semua... 
ni ade sedikit info la untuk dikongsikan bersama untuk mengelakkan keracunan ubat kepada kita dan anak-anak...

  • Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
  • Jangan panggil ubat-ubatan sebagai 'gula-gula'
  • Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak.
  • Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan preskripsi di dalam bekas asal masing-masing.
  • Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
  • Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
  • Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
  • Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
  • Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
  • Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
  • Sentiasa bersihkan kabinet ubat.

Sama-sama la kita mengamalkannya untuk kesihatan dan keselamatan kita...
Selamat beramal.... :)

sumber : myhealth.gov.my