Rabu, 15 Februari 2012

Mengelakkan Keracunan Ubat Secara Tidak Sengaja

Hai semua... 
ni ade sedikit info la untuk dikongsikan bersama untuk mengelakkan keracunan ubat kepada kita dan anak-anak...

  • Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
  • Jangan panggil ubat-ubatan sebagai 'gula-gula'
  • Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak.
  • Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan preskripsi di dalam bekas asal masing-masing.
  • Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
  • Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
  • Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
  • Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
  • Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
  • Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
  • Sentiasa bersihkan kabinet ubat.

Sama-sama la kita mengamalkannya untuk kesihatan dan keselamatan kita...
Selamat beramal.... :)

sumber : myhealth.gov.my

Khamis, 2 Februari 2012

Waktu Rawatan

Waktu Rawatan


Hari                        Pagi                                    Petang


Isnin - Rabu      8.30 pg - 12.30 tgh           2.30 ptg - 7.15 mlm
Khamis             9.30 pg - 12.30 tgh           2.30 ptg - 7.15 mlm
Jumaat              8.30 pg - 12.00 tgh           2.45 ptg - 7.15 mlm

** Kecuali pada waktu cuti semester Pusat Kesihatan Universiti akan beroperasi sehingga pukul 4.45 ptg.
     Hanya kes-kes kecemasan sahaja yang akan diterima selepas waktu operasi.

Objektif PKU

  • Menyediakan Pusat Kesihatan Universiti dengan kemudahan moden, berkualiti, lengkap dan terkini.
  • Mengesan dan merawat pesakit dengan professional dan efision.
  • Mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.
  • Meningkatkan pengetahuan kesihatan di kalangan warga kampus dan masyarakat sekeliling.

Misi PKU

Pusat Kesihatan Universiti berhasrat memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian yang berkualiti dan bertaraf dunia agar dapat melahirkan warga universiti yang sihat bagi menerajui aplikasi sains dan teknologi dan kemakmuran sejagat.

Rabu, 1 Februari 2012

Pengenalan PKU UTHM

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah ditubuhkan sejak 2002 dengan nama asal Pusat Kesihatan Mahasiswa (PKM). Ketika itu PKM diletakkan dibawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan dianggotai oleh 2 orang jururawat, seorang Pembantu Makmal Perubatan dan seorang Pembantu Tadbir.
Penjenamaa semula telah berlaku pada tahun 2004 dimana Pusat Kesihatan Mahasiswa (PKM) ditukar kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Sehingga kini PKU telah dianggotai seramai 35 orang staf dan dibahagikan kepada 8 unit. Terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan disini seperti Rawatan Pesakit Luar, Pergigian, Kecemasan, Pembedahan kecil, Fisioterapi, X-ray dah Kesihatan Persekitaran.
Berdasarkan motto "Kesihatan Anda, Keprihatinan Kami", kami di PKU berharap dapat meningkatkan kualiti kesihatan warga universiti dan masyarakat setempat.