Hai semua...
ni ade sedikit info la untuk dikongsikan bersama untuk mengelakkan keracunan ubat kepada kita dan anak-anak...
- Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa.
- Jangan panggil ubat-ubatan sebagai 'gula-gula'
- Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak.
- Simpan kesemua ubat (preskripsi dan bukan preskripsi di dalam bekas asal masing-masing.
- Sentiasa pasangkan lampu semasa memberi atau mengambil ubat.
- Semak tarikh luput ubat anda dari masa ke semasa. Sekiranya ubat anda tidak dilabel dengan tarikh luput, anda boleh membuat anggapan bahawa ubat tersebut akan luput dalam tempoh 6 bulan selepas anda beli.
- Elakkan daripada membuang ubat ke dalam tong sampah yang tidak bertutup di bilik masak atau bilik mandi kerana kebanyakan ubat orang dewasa adalah merbahaya dan ini boleh menyebabkan kematian kanak-kanak dan binatang kecil.
- Berhati-hati dengan cara penyimpanan vitamin, terutamanya produk yang mengandungi zat besi kerana ia boleh menyebabkan keracunan jika diambil dalam dos yang tinggi. Kanak-kanak adalah lebih mudah mengalami kesan advers berbanding dengan orang dewasa jika terambil dos vitamin berlebihan.
- Sekiranya bekas ubat tidak mempunyai sebarang label, atau labelnya tidak jelas dan anda tidak dapat membaca cetakan atas label dengan jelas, jangan gunakan ubat berkenaan.
- Pastikan beg yang mengandungi ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa.
- Sentiasa bersihkan kabinet ubat.
Sama-sama la kita mengamalkannya untuk kesihatan dan keselamatan kita...
Selamat beramal.... :)
sumber : myhealth.gov.my
How to Make Money - WorkTOMAYEE
BalasPadamIn this article, we'll explain the basic process that makes making 메리트 카지노 고객센터 money at an 바카라 online casino. First, we'll walk งานออนไลน์ you through the